Destinasi Bajet

          salam semua  
  
 selamat menonton rancangan "Destinasi Bajet" ye, rancangan ini hanya ditayangkan di Berjuntai Tv je ok!!!weh weh weh destinasi aku kali ni ialah *selangor*hahaha mcm 1a org x pnh pg kan?aku duli ape, Qi merupakan maskot atau duta utama aku..  



entry kali ni aku nak kongsi dgn korang destinasi bajet aku pda CNY yg lepas, ni bukan bajet  negara atau bajet perbelanjaan bulanan mak aku kat umah tu tau,yg ni  Destinasi Bajet..namepun Destinasi Bajet kan so kemana destinasi aku apabila habisnye cuti CNY 2011. "segalanya bermula disini."


lokasi pertama: Batu caves


ok sebelom tu aku nak bg tau tujuan utama aku bekunjung ke Batu Caves bukan untuk melepak atau nari guling2 dgn pelakon2 tamil kat situ tapi tujuan utamanya ialah hendak menaiki kereta panjang berkuasa elektrik untuk balik ke Berjuntai Lake town a.k.a Batang Berjuntai (Bestari Jaya la ngok)





ni la KTm Batu Caves, keadaan kat sini tak la se Bz & sePack KL sentral,so aku rilex2 je la. Dri Giant ke KTM B.C aku naik Taxi n pakcik Taxi tu caj aku Rm4.50sen, Tiket KTM plk dri Batu Caves ke KL sentral Rm2.00, so total setakat ni ialah Rm6.50sen

ok untuk mengelakkan diri dari diraba atau diusha oleh mat- mat india, aku mengambil keputusan untuk masuk ke koc wanita kerana merasakan ia lebih selesa dan selamat tampa sebarang gangguan mata- mata liar & spesis habitat gatal yg ada. Tapi ade gak yg x reti bahasa, dh tau mu tu jate yg mu masuk gak koc tino tu wat gapo??kang kate tak sekolah marah pulak. Padahal sebelum train smpai Dj radio KTM tu dah anaunce yg koc tengah hanya utuk wanita sahaja..ulang suara WANITA SAHAJA ok. hairan sungguh dgn manusia skarang ni...sungguh kretif & inovatif membuat undang2 sndri.


sambil aku duduk membaca novel, aku sempat gak mengusya sekeliling,manela tau ade yg menarik perhatian spti taik idong pnumpang terkeluar ke & boleh dijadikan bahan gelak ktawa sakan time2 bosan tu kan.(nasib baik x de,selamat korang kali ni )... setelah beberapa minit  satu persatu station dilalui dan sampailah ke destinasi yang dituju iaitu KL Sentral.(vavi, skema giler ayat aku)hahaha lantak la..




mase nak keluar train tu rase azab giler sbb kna meredah manusia- manusia yang tak berape reti nak faham bahasa melayu...(dieorg dtg dri siam kot) org dh kate bg penumpang keluar dri train dlu baru masuk..ni idak belum sempat ag kiteorg dlm train tu kelua dh meredah masok, mane tak hangin je abg polis yg bertugas kat situ..kalau aku jd abg2 polis tu aku babab sorang2 kepala tut dieorg..sape suruh bebai giler + sewel...

setelah berjaya keluar aku terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu KFC dengan jakunnye kerana penat, berasa lapa + haus ,(ia  terletak kat tingkat 2 bngunan tu).


mase ni mate aku ligat toleh kira & kanan mencari port yg sesuai, n aku memilih tuk duduk kat bakagian tepi sebelah kiri * lokasinya agak menarik kerana ia menyajikan pemandangan yg menarik iaitu mamat2 handsome duduk kat meja sebelah tepi,tengah, depan & belakang meja aku, walaupun ada diantara dieorg dah ade cik aweks.(aku pduli apa)hahahaha heaven giler...mulelah aku tunjukkan muke baik serta sopan,manelah tau kot2 ade yg tepikat n nak jdikan aku calon wife dieorg..ahahaha desperat giler aku kan??ahh whatever, aku teruskan jugak & buat muke ayu lagi menawan ku itu..ahahaha

.........
Ba- ba CaQ
posing2 sambil menikmati hidangan Jom Jimat KFC (Rm12.70sen)*termasuk air milo ais =)


mase ni aku tgh tgu Datin Sri Rosmah Fatin yg dtg agak lewat dri masa yg ditetapkan, agak bosan sebenarnye tapi disebabkn kwn punye pasal aku ttp sabar menunggu detik,saat dan jam berlalu sehinggalah jam menunjukkan pukul 6.30 ptg brulah nampak btg hidung die yg agak kurang panjang 2..cettt




serius beb..mke yg nampak agak boosan disini!!


disini jugak!!!!!

setelah Datin Rosmah sampai kiteorg gerak balik UNiSEL dgn menaiki train dri KL sentral ke station SG Buloh dan harga tiket utk sorang dewasa iaitu Rm2.10sen, keadaan dlm train mase tu tak yah nak cakap la mmg pack giler2 macam ikan Sardin A1 dlm tin..dlm tu tak yah nak tanye konferm2 bnyk bau, bau air liur basi,bau bantal,and bau potai pun ade,bau ketiak hancingg tak yah cakap, Datin Rosmah macam nak pengsan dh aku tengok mase 2..(ksian die hahaha) smpai2 je sg Buloh aku terus mencapai beg & bergegas keluar mencari taxi tuk balik. Naik taxi dri SG Buloh ke Unisel Rm70 hengettt.(Taxi dibayar oleh Datin Rosmah kerana mase tu aku kopak giler2 bapak) thanks a lot to Datin kerana faham dgn masalah negara yg aku alami..

*9.00pm -smpai ke destinasi dituju dgn slmt dan jayanya..
*perasaan gembira sngt2 sehingga tak terkata kerana tlh smpai ke unisel tercinta(sambil wat muke tak blh belah)=[

*lokasi kedua, ke3, ke4, ke5 & keseterusnya:    ke KL Sentral, KFC, Toilet prempuan, meja mkn,Dlm train, station SG Buloh , dlm taxi & unisel..

tamat sudah entry ttg Destinasi Bajet aku..
sungguh advanture & extream kan perjalanan Destinasi Bajet aku kali ni.cettt hahaha ...

chaww!!!








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments